DIET SIHAT: Majalah Maya . Rencana . Foto . Herba . Ulam . Sayur-sayuran . Buah-buahan . Rawatan Terbaik Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan . Mencegah Lebih Baik Dari Merawat . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 16 Jun 2013

Pucuk Gajus


PUCUK GAJUS

PUCUK GAJUS dikenali juga "Pucuk Janggus", atau dalam bahasa saintifiknya dikenali "Anacardium occidentale". Pokok gajus tergolong dalam koloni pokok ulam yang banyak ditemui di kampung-kampung dan bahagian pedalaman. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai tumbuhan liar, namun kini ia telah ditanam kerana keperluan kepada daunnya.

Kalaupun batang pokok gajus dianggap tidak berguna, namun daunnya sering dijadikan ulam dalam nasi. Walau bagaimanapun, pucuk gajus begitu popular kerana daunnya boleh dijadikan ulam mentah yang paling digemari ramai. Juadah tidak perlu lauk yang hebat-hebat, asalkan ada ikan singgang dan ikan bakar, pucuk gajus rakan paling rapat dalam konteks ulam yang boleh dicecah dengan sos, kicap mahupun budu (sos terkenal dari Kelantan).

Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), pucuk gajus istimewa kerana kaya dengan Karotena (2076 mcg), Vitamin A (346 mcg), Vitamin B2 (1.19 mg), Niasin (0.5 mg) dan Vitamin C (91.0 mg). Manakala kadar garam galiannya terdiri dari Kalium (332 mg), Kalsium (53 mg), Fosforus (29 mg), Natrium (7 mg), Ferum (3.5 mg), Karbohidrat (4.5 g), Protein (3.8 g), Lemak (0.2 g), Serat (1.5 g), Abu (0.9 g), Air (89.1 g) dan Tenaga (35 kcal).

Khasiat pucuk gajus untuk kesihatan menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar, aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi sihat dan segar (sentiasa mengamalkan pengambilannya), sesuai untuk kulit dan mata.

Pokok gajus atau janggus.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

4 ulasan:

  1. Orang kelantsn dan Trengganu namakan pokok ini ialah pokok Ketereh..nama pokok inilah diletak kepada Kampung Ketereh, Daerah Ketereh dan Parlimen Ketereh Kelantan.

    Orang Kelantan tak akan seronok berlaukkan Budu dan Sos Bilis,tanpa pucuk ketereh yg amat lazat itu..begitu juga biji buah ketereh yang dibakar kulitnya untuk isi dalamnya yg lazat..

    BalasPadam
  2. Pucuk Ketereh ini juga mesti dihiriskan bersama Daun Kesum, Kacang Panjang, Timun Batang dan Daun Cepenar dan Daun Tudubg Periuk serta Taugeh untuk dimasukkan kedalam kuah Nasi Kerabu, Laksam dan Laksa Kelantan..semua makanan Kelantan tersebut tidak akan sempurna tanpa Pucuk Ketereh.

    BalasPadam
  3. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam