PUCUK MIDIN
PUCUK MIDIN atau nama saintifiknya dikenali sebagai "Stenochlaena palustris" adalah tumbuh-tumbuhan liar yang boleh ditemui dalam kawasan paya gambut, air tawar dan hutan belukar di negara kita. Tumbuh-tumbuhan ini termasuk dalam kategori sayur-sayuran kerana masyarakat Kelantan zaman lampau sering menjadikan juadah pucuk midin sebagai sayur sama ada disediakan secara goreng, dibuat sayur air atau direbus untuk dijadikan ulam.
Tumbuh-tumbuhan ini dikatakan kaya dengan beta karotena, zat besi, fosforus dan kalium. Pucuk midin berkhasiat dan mempunyai nilai perubatan untuk mata iaitu menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam, selain dapat dapat merawat penyakit cirit-birit.
Pucuk midin menjadi kegemaran masyarakat desa di kalangan warga emas.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH