NANGKA dalam bahasa Inggeris disebut "Jackfruit" dan menurut bahasa saintifiknya ialah "Artocarpus heterophullus" adalah termasuk dalam keluarga Moraceae yang bersaudara dengan buah cempedak dan sukun.
Dalam konteks pemakanan, nangka kaya dengan pelbagai khasiat vitamin, garam galian dan kandungan khasiat lain melebihi cempedak. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), nangka kaya dengan kandungan Karotena (110 mcg), Vitamin A (18 mcg), Vitamin B1 (0.06 mg), Vitamin B2 (0.06 mg), Niasin (0.4 mg) dan Vitamin C (7.9 mg). Bahan-bahan galiannya terdiri dari Kalium (292 mg), Natrium (48 mg), Kalsium (37 mg), Fosforus (26 mg) dan Ferum (1.7 mg). Manakala kandungan zat makanan yang lain seperti Karbohidrat (7.3 g), Protein (1.6 g), Serat (5.6 g), Lemak (0.2 g), Abu (2.2 g), Air (83.1 g) dan Tenaga (37 kcal).
Nangka juga mempunyai banyak manfaatnya untuk kesihatan yang antara lain untuk menyihatkan perut dan usus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, melindungi serangan kanser, menurunkan tekanan darah, membantu daya penglihatan, kesihatan kulit dan selaput lendir serta meningkatkan energi.
Bagi penggemar nangka, ia sejenis buah-buahan tempatan yang enak dan lazat.
Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH