POKOK BAYAM DURI
BAYAM DURI: Sekali lihat Pokok Bayam Duri
atau dikenali juga “Pokok Bayam Hutan” atau dalam bahasa latin disebut
Amaranthus spinosus ini kebanyakannya dikenali sebagai rumput biasa dalam hutan
kerana spesis tumbuhan ini berbunga. Agak menarik, pokok ini yang tumbuh liar
terutamanya di kawasan perumahan, ladang dan di kawasan jalan-jalan kampung seperti
di kawasan tanah gembur dan peroi apatah lagi di kawasan yang terdedah dengan
kepanasan matahari serta hujan dan air yang banyak pokok ini mudah membesar dengan
cepat.
Apabila dilihat tentang struktur
dan bentuk daunnya yang berurat dan berserat seakan sama dengan pokok bayam
biasa (daunnya berwarna ungu), amat jelas pokok ini tergolong dalam spesis
bayam juga, tetapi disebabkan tumbuhnya di kawasan semak dan hutan itu saja
yang dikatakan agak pelik.
Difahamkan pokok bayam duri ini
berasal dari suku Amanranthaceae. Di daerah Indonesia pokok ini mempunyai
pelbagai nama seperti Bayam Kerui, Senggang Cucuk, Bayam Eri, Baya, Sianu
Katinting, Kedawu Wawau dan Bayam Kikihan.
Banyak khasiat serta keistimewaan
Pokok Bayam Duri kerana masyarakat Melayu pernah menjadikannya sebagai
sayur-sayuran dan herba dalam perubatan tradisional Melayu zaman lampau. Selain
pokok ini boleh dijadikan sayur-sayuran masak air (campur ikan bilis dan udang
kering), digoreng dan direbus, sesuatu yang menarik apabila pokok ini bernilai
perubatan dianggap paling penting.
Antara nilai perubatan ialah
dapat merawat kencing bernanah, kencing tidak lawas, radang saluran pernafasan
(bronkitis), sakit gigi, demam, sakit tenggorok, kalenjar, radang rahim, lambat
haid, batu hempedu, bisul, keputihan dan tambah darah.
Kaedah penyediaan:
1. Bersihkan pokok bayam duri itu sehingga akarnya.
2. Potong bunga, batang, daun dan akar.
3. Rebus bunga, batang, daun dan akarnya dalam periuk (seeloknya periuk tanah liat).
4. Makan kesemua isinya.
5. Minumlah air rebusan itu dua kali sehari.
Pokok bayam duri berlainan jenis, tumbuh di hadapan rumah (kawasan yang sama)
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH