DAUN LIMAU PURUT
LIMAU PURUT: LIMAU PURUT atau dalam bahasa saintifiknya dikenali "Citrus hystrix" adalah sejenis limau yang berbau wangi yang banyak digunakan dalam kaedah rawatan tradisional dan sebagai tumbuhan yang mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Malah, siapa tahu, daun limau purut juga turut digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan moden.
Limau purut yang kulitnya berbentuk berbonjol-bonjol itu juga kaya dengan pelbagai khasiat vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kesihatan manusia. Limau purut kaya dengan kandungan Karotena (16 mcg), Vitamin A (3 mcg), Vitamin B1 (0.02 mg), Vitamin B2 (0.07 mg) dan Vitamin C (37.0 mg). Selain itu, limau purut juga mengandungi kadar bahan-bahan galian seperti Kalium (172 mg), Kalsium (57 mg), Natrium (6 mg), Fosforus (2 mg) dan Ferum (0.1 mg). Khasiat lain pula seperti Karbohidrat (8.5 g), Protein (0.8 g), Serat (0.8 g), Lemak (0.6 g), Abu (0.7 g), Air (88.6 g) dan Tenaga (43 kcal).
(Sumber: Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988).
Daun limau purut lazimnya digunakan di dalam masakan Melayu seperti tom yam, laksa, bahan perisa dalam kuah sate, sate, perisa daging goreng dan pelbagai jenis masakan lagi kerana baunya dikatakan paling unik. Selain itu, daun limau purut juga digunakan sebagai herba yang turut digunakan dalam kaedah mandi wap. Malah, mungkin ramai yang tidak pernah mendengar, daun limau purut juga boleh dijadikan ulam mentah. Semakin tua daunnya itu semakin banyak kandungan zatnya walaupun dianggap keras tetapi boleh dikunyah dengan agak baik.
Daun limau purut selain menjadi penawar penyakit, ia berkhasiat kepada kesihatan manusia. Apabila anda memakannya sebagai ulam mentah dapat merawat resdung, masalah sering bersin, selsema, masalah pernafasan (hidung tersumbat) selain dapat merawat masalah buasir, kencing tidak lawas dan masalah buang air besar.
Daun limau purut juga bertindak dalam mencegah penyakit kanser dan merupakan tumbuh-tumbuhan terbaik pernah digunakan untuk mencuci rambut, mulut dan melicinkan kulit. Daun limau purut juga dapat merawat luka, lebam, gigitan serangga, dapat membunuh pacat serta merangsang perjalanan darah.
Dalam hal ini, ramai yang masih tidak mengetahui tentang khasiatnya. Disebabkan hal berkenaan, ada yang menebang dan membakarnya kerana dianggap menyampah, padahal daunnya itu menampung pelbagai kegunaan dan khasiatnya terhadap kesihatan manusia.
Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan Melayu dan sebagai persediaan herba untuk kesihatan.
Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Teks dan Foto:
Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH