DIET SIHAT: Majalah Maya . Rencana . Foto . Herba . Ulam . Sayur-sayuran . Buah-buahan . Rawatan Terbaik Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan . Mencegah Lebih Baik Dari Merawat . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Rabu, 18 Disember 2013

Betik


BETIK

BETIKBetik atau dalam bahasa Inggerisnya Papaya atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Carica papaya" memang kaya dengan kadar vitamin seperti Karotena (1160 mcg), Vitamin A (193 mcg), Vitamin B1 (0.03 mg), Vitamin B2 (0.07 mg), Niasin (0.1 mg) dan Vitamin C (71.0 mg).

Betik juga mengandungi kadar bahan galian seperti Kalium (39 mg), Kalsium (11 mg), Fosforus (7 mg), Natrium (3 mg) dan Ferum (0.7 mg). Selain itu, betik juga membekalkan kadar zat lain seperti Karbohidrat (7.1 g), Protein (1.5 g), Serat (0.5 g), Lemak (0.1 g), Abu (0.1 g), Air (90.7 g) dan Tenaga (35 kcal).

BETIK EKSOTIKA: Betik jenis ini pula mengandungi kadar Karotena (2431 mcg), Vitamin A (405 mcg), Vitamin B1 (0.08 mg), Vitamin B2 (0.15 mg), Niasin (0.1 mg) serta Vitamin C (69.3 mg).

Manakala bahan-bahan galiannya pula terdiri dari Kalium (337 mg), Kalsium (31 mg), Fosforus (17 mg), Natrium (2 mg) dan Ferum (0.6 mg). Sementara kadar khasiat lainnya terdiri dari Karbohidrat (13.5 g), Protein (1.0 g), Serat (0.5 g), Lemak (0.1 g), Abu (0.5 g), Air (84.4 g) dan Tenaga (59 kcal).
(Sumber: Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988).

Buahnya boleh mengurangkan dan mencegah kadar tekanan darah tinggi, sembelit, kurang selera makan kerana buah-buahan ini mengandungi kadar serat yang tinggi.

Sementara itu, daun atau pucuknya yang muda boleh dijadikan penawar darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah dengan merebusnya dan meminum air rebusan itu selama dua kali sehari.

 Daun atau pucuk betik boleh dijadikan penawar untuk darah tinggi dan kencing manis.

Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan