DIET SIHAT: Majalah Maya . Rencana . Foto . Herba . Ulam . Sayur-sayuran . Buah-buahan . Rawatan Terbaik Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan . Mencegah Lebih Baik Dari Merawat . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Isnin, 11 November 2013

Durian


DURIAN

DURIAN dalam bahasa saintifiknya disebut "Durio zibethinus" adalah sejenis buah-buahan tempatan yang begitu banyak ditanam terutamanya di kampung-kampung dan di pedalaman Kelantan. Di setiap rumah, pasti terdapat satu atau dua batang pokok durian ditanam untuk menunjukkannya sebagai "Raja Buah".

Buah durian lazimnya boleh dipelbagaikan segala juadah seperti lempuk, tempoyak dan sebagainya. Durian memang kaya dengan pelbagai khasiat makanan terutamanya Karotena (150 mcg), Vitamin A (25 mcg), Vitamin B1 (0.10 mg), Vitamin B2 (0.13 mg) dan Vitamin C (23.3 mg).

Selain itu, durian juga mengandungi bahan-bahan galian utama seperti Kalium (70 mg), Fosforus (44 mg), Kalsium (40 mg), Natrium (40 mg) dan Ferum (1.9 mg). Manakala kandungan zat makanan yang lain seperti Karbohidrat (27.9 g), Protein (2.7 g), Serat (0.9 g), Abu (1.0 g), Lemak (3.4 g), Air (64.1 g) dan Tenaga (153 kcal).
(Sumber: Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988).

Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan