DIET SIHAT: Majalah Maya . Rencana . Foto . Herba . Ulam . Sayur-sayuran . Buah-buahan . Rawatan Terbaik Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan . Mencegah Lebih Baik Dari Merawat . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 28 September 2013

Rambutan


RAMBUTAN

RAMBUTAN atau dalam bahasa saintifiknya "Nephelium lappaceum" adalah buah-buahan tempatan yang banyak didapati di kampung-kampung dan di bahagian pedalaman. Pokok ini banyak ditanam di tempat berkenaan kerana sudah menjadi kelaziman masyarakat warga emas yang gemar menanam pokok terbabit sebagai salah satu menyerikan laman rumah malah ditanam di kebun untuk tujuan komersial.

Rambutan mengandungi zat makanan diperlukan. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), di antara kandungan zatnya terdiri dari Vitamin B1 (0.01 mg), Vitamin B2 (0.04 mg), Niasin (0.1 mg), Vitamin C (38.6 mg). Manakala bahan-bahan galiannya seperti Kalium (49 mg), Kalsium (22 mg), Fosforus (6 mg), Natrium (5 mg) dan Ferum (2.5 mg). Bahan-bahan lain pula seperti Protein (0.7 g), Karbohidrat (13.9 g), Serat (0.3 g), Lemak (0.1 g), Abu (0.3 g), Air (84.7 g) dan Tenaga (59 kcal).

Petunjuk:
Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tembikai


TEMBIKAI

TEMBIKAI atau dalam bahasa saintifiknya "Citrullus vulgaris" menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Buah-buahan ini mudah ditanam di tanah berpasir. Di kampung dan bahagian pedalaman, tembikai ditanam berhampiran sungai di kawasan tanah berpasir kerana senang mendapat sistem pengairan sempurna.

Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR, 1988), tembikai kaya Karotena (410 mcg), Vitamin A (68 mcg), Vitamin B1 (0.04 mg), Vitamin B2 (0.05 mg), Niasin (0.2 mg) dan Vitamin C (5.5 mg). Kandungan zat galian pula terdiri dari Kalium (78 mg), Fosforus (11 mg), Kalsium (6 mg), Natrium (4 mg) dan Ferum (0.2 mg). Kandungan zat lain seperti Protein (0.6 g), Karbohidrat (6.0 g), Serat (0.2 g), Lemak (0.2 g), Abu (0.4 g), Air (92.6 g) dan Tenaga (28 kcal).

Petunjuk:
Microgram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 27 September 2013

Cempedak


CEMPEDAK

CEMPEDAK adalah sejenis buah yang termasuk dalam spesis nangka, dalam bahasa Inggeris disebut "Jackfruit", manakala dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Artocarpus integar" juga kaya dengan khasiat pemakanan. Buah-buahan ini turut menjadi kegemaran penggemarnya kerana rasanya yang manis, bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja. Tetapi ada juga yang menjualnya kepada umum, bahkan turut digoreng bersama tepung kerana buah ini semakin lazat apabila diadun sedemikian.

Buah cempedak ini turut digarapkan dalam pantun yang sering dikumandangkan ketika sekolah rendah sewaktu ketika dahulu. Kerana buah cempedak terciptanya pantun tentang garapan bahasa yang indah untuk menunjukkan buah-buahan ini turut tersohor pada ketika itu iaitu:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Cempedak juga kaya dengan khasiat pemakanan yang diperlukan. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), cempedak kaya dengan Karotena (80 mcg), Vitamin A (13 mcg), Vitamin B1 (0.16 mg), Vitamin B2 (0.15 mg), Niasin (0.5 mg) dan Vitamin C (17.7 mg).

Kandungan bahan-bahan galiannya terdiri dari Kalium (246 mg), Kalsium (40 mg), Natrium (25 mg), Fosforus (5 mg) dan Ferum (1.1 mg). Manakala kandungan zat yang lain seperti Karbohidrat (25.8 g), Protein (2.5 g), Serat (3.4 g), Lemak (0.4 g), Abu (1.2 g), Air (66.7 g) dan Tenaga (117 kcal).

Biji Cempedak (Artocarpus intoger)

Biji cempedak atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Artocarpus intoger" juga boleh dimakan sama ada secara goreng mahupun dibakar. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), mengandungi beberapa vitamin seperti Vitamin B1 (0.18 mg), Vitamin B2 (0.03 mg) dan Niasin (1.2 mg).

Manakala bahan-bahan galiannya terdiri dari Kalium (157 mg), Kalsium (82 mg), Natrium (60 mg), Ferum (5.2 mg) dan Fosforus (2 mg). Kandungan zat makanan lain terdiri dari Karbohidrat (28.9 g), Protein (4.7 g), Serat (1.6 g), Lemak (0.5 g), Abu (1.3 g), Air (63.0 g) dan Tenaga (139 kcal). 

Cempedak Johor Bahru.

Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Nenas


NENAS

NENAS dipanggil juga "Nanas". Dalam bahasa saintifiknya dikenali "Ananas comosa" kaya dengan segala vitamin seperti Karotena, Vitamin A dan Vitamin C selain bahan-bahan galian seperti Kalium. Rasanya yang masam manis menjadi kegemaran ramai terutamanya di kalangan wanita.

Masyarakat Kelantan amat menggemari nenas dan sering mereka menjadikannya sebagai colek yang dicicah dengan pencicah buah-buahan. Bahkan buah-buah ini juga turut dijual di merata tempat kerana citarasanya yang ramai.

Nenas turut disenaraikan dalam kajian. Menurut Kandungan Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), nenas kaya dengan Karotena (270 mcg), Vitamin A (45 mcg), Vitamin B1 (0.0 mg), Vitamin B2 (0.08 mg), Niasin (0.1 mg) dan Vitamin C (15.2 mg).

Nenas juga kaya mengandungi bahan-bahan galian seperti kalium (97 mg), Natrium (31 mg), Kalsium (24 mg), Fosforus (6 mg) dan Ferum (1.4 mg). Sementara kandungan zat makanan lain seperti Karbohidrat (10.6 g), Protein (0.5 g), Serat (0.6 g), Lemak (0.1 g), Abu (0.4 g), Air (87.8 g) dan Tenaga (45 kcal).

 Nenas Pahang.

Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Rabu, 25 September 2013

Kelapa


KELAPA


KELAPA: Sebatang pokok kelapa atau menurut bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Cocos nucifera" itu banyak kegunaannya kepada manusia, salah satunya ialah buahnya. Buahnya yang masih muda, segar dan kehijauan itu mendatangkan khasiat kepada kesihatan manusia yang meminumnya.

Kelapa telah turut disenaraikan dalam penyelidikan makanan di negara ini. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988) bahawa kelapa mengandungi Vitamin B1 (0.11 mg), Vitamin B2 (0.18 mg), Niasin (0.4 mg) dan Vitamin C (16.8 mg). Manakala bahan galiannya terdiri dari Kalium (295 mg), Natrium (26 mg), Kalsium (10 mg), Fosforus (5 mg) dan Ferum (2.1 mg). Sementara kandungan zat yang lain seperti Karbohidrat (15.7 g), Protein (3.9 g), Serat (3.3 g), Lemak (33.9 g), Abu (6.5 g), Air (36.7 g) dan Tenaga (384 kcal).

Air kelapa hanya mengandungi Vitamin C (4.6 mg). Manakala bahan-bahan galiannya terdiri dari Kalium (198 mg), Kalsium (14 mg), Fosforus (12 mg), Natrium (1 mg) dan Ferum (0.1 mg). Kandungan zat makanan lain pula seperti Karbohidrat (5.6 g), Abu (0.4 g), Air (94.0 g) dan Tenaga (22 kcal).

Isi kelapa muda pula mengandungi Vitamin B1 (0.02 mg), Vitamin B2 (0.01 mg), Niasin (0.3 mg) dan Vitamin C (5.0 mg). Bahan-bahan galiannya seperti Kalium (284 mg), Fosforus (41 mg), Kalsium (19 mg), Natrium (9 mg) dan Ferum (1.4 mg). Kandungan zat lain seperti Karbohidrat (5.0 g), Protein (1.1 g), Abu (0.8 g), Lemak (1.5 g), Air (91.6 g) dan Tenaga (38 kcal).

Isi kelapa tua pula hanya mengandungi Vitamin B1 (0.03 mg). Manakala bahan-bahan galiannya pula seperti Kalium (285 mg), Fosforus (102 mg), Kalsium (9 mg), Natrium (3 mg) dan Ferum (0.5 mg). Sementara bahan-bahan galian lain terdiri dari Karbohidrat (4.7 g), Protein (6.8 g), Serat (4.6 g), Lemak (34.5 g), Abu (0.9 g), Air (48.5 g) dan Tenaga (357 kcal).

Santan kelapa pula mengandungi Vitamin B1 (0.09 mg) dan Niasin (0.4 mg). Bahan-bahan galiannya seperti Kalium (399 mg), Fosforus (105 mg), Natrium (14 mg), Kalsium (9 mg) dan Ferum (1.3 mg). Kandungan zat makanan lain seperti Karbohidrat (2.9 g), Protein (2.8 g), Lemak (28.3 g), Abu (1.0 g), Air (65.0 g) dan Tenaga (278 kcal).
 
Sementara khasiat air kelapa ialah untuk mencantikkan kulit bayi, memudahkan wanita bersalin serta memperbanyakkan air ketuban bayi, melancarkan peredaran darah dalam tubuh, meningkatkan sistem imunisasi bagi melawan penyakit, meneutralkan pH alkali serta mengubati penyakit selsema, demam campak, demam panas dan demam kuning kepada bayi. Selain itu, air kelapa juga mencegah penyakit kronik seperti kanser, masalah buah pinggang, batu karang serta mengawal kandungan gula dalam darah dan mengnyahkan toksid dalam badan, juga mencegah pertumbuhan jerawat dan gatal-gatal badan.

Orang-orang Melayu zaman lampau menggunakan air kelapa untuk merawat beberapa penyakit. Antaranya bagi sakit panas bayi yang berusia 2 tahun ke bawah boleh dirawat dengan air kelapa. Caranya: Sediakan segelas air kelapa hijau (muda) dan campurkannya dengan madu lebah asli (sudu besar), kacau dan beri minum kepada pesakit itu.

Manakala bagi orang yang mabuk ubat, mabuk darah, mabuk laut atau mabuk ketika menaiki kenderaan boleh dirawat dengan meminum air kelapa sebanyak dua sudu besar sahaja tetapi jangan melebihi sukatan berkenaan.
(Sumber: Buku Ubat-ubatan Tradisional Melayu dan Doa Penawar Penyakit, Ustaz Azahari Ibrahim, Kelantan).



Petunjuk:
Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH