TEMBIKAI atau dalam bahasa saintifiknya "Citrullus vulgaris"
menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Buah-buahan ini mudah ditanam
di tanah berpasir. Di kampung dan bahagian pedalaman, tembikai ditanam
berhampiran sungai di kawasan tanah berpasir kerana senang mendapat
sistem pengairan sempurna.
Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan
Malaysia (IMR, 1988), tembikai kaya Karotena (410 mcg), Vitamin A (68
mcg), Vitamin B1 (0.04 mg), Vitamin B2 (0.05 mg), Niasin (0.2 mg) dan
Vitamin C (5.5 mg). Kandungan zat galian pula terdiri dari Kalium (78
mg), Fosforus (11 mg), Kalsium (6 mg), Natrium (4 mg) dan Ferum (0.2
mg). Kandungan zat lain seperti Protein (0.6 g), Karbohidrat (6.0 g),
Serat (0.2 g), Lemak (0.2 g), Abu (0.4 g), Air (92.6 g) dan Tenaga (28
kcal).
Petunjuk:
Microgram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan