KELAPA: Sebatang pokok kelapa atau menurut bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Cocos nucifera" itu banyak kegunaannya kepada manusia, salah satunya ialah buahnya. Buahnya yang masih muda, segar dan kehijauan itu mendatangkan khasiat kepada kesihatan manusia yang meminumnya.
Kelapa telah turut disenaraikan dalam penyelidikan makanan di negara ini. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988) bahawa kelapa mengandungi Vitamin B1 (0.11 mg), Vitamin B2 (0.18 mg), Niasin (0.4 mg) dan Vitamin C (16.8 mg). Manakala bahan galiannya terdiri dari Kalium (295 mg), Natrium (26 mg), Kalsium (10 mg), Fosforus (5 mg) dan Ferum (2.1 mg). Sementara kandungan zat yang lain seperti Karbohidrat (15.7 g), Protein (3.9 g), Serat (3.3 g), Lemak (33.9 g), Abu (6.5 g), Air (36.7 g) dan Tenaga (384 kcal).
Air kelapa hanya mengandungi Vitamin C (4.6 mg). Manakala bahan-bahan galiannya terdiri dari Kalium (198 mg), Kalsium (14 mg), Fosforus (12 mg), Natrium (1 mg) dan Ferum (0.1 mg). Kandungan zat makanan lain pula seperti Karbohidrat (5.6 g), Abu (0.4 g), Air (94.0 g) dan Tenaga (22 kcal).
Isi kelapa muda pula mengandungi Vitamin B1 (0.02 mg), Vitamin B2 (0.01 mg), Niasin (0.3 mg) dan Vitamin C (5.0 mg). Bahan-bahan galiannya seperti Kalium (284 mg), Fosforus (41 mg), Kalsium (19 mg), Natrium (9 mg) dan Ferum (1.4 mg). Kandungan zat lain seperti Karbohidrat (5.0 g), Protein (1.1 g), Abu (0.8 g), Lemak (1.5 g), Air (91.6 g) dan Tenaga (38 kcal).
Isi kelapa tua pula hanya mengandungi Vitamin B1 (0.03 mg). Manakala bahan-bahan galiannya pula seperti Kalium (285 mg), Fosforus (102 mg), Kalsium (9 mg), Natrium (3 mg) dan Ferum (0.5 mg). Sementara bahan-bahan galian lain terdiri dari Karbohidrat (4.7 g), Protein (6.8 g), Serat (4.6 g), Lemak (34.5 g), Abu (0.9 g), Air (48.5 g) dan Tenaga (357 kcal).
Santan kelapa pula mengandungi Vitamin B1 (0.09 mg) dan Niasin (0.4 mg). Bahan-bahan galiannya seperti Kalium (399 mg), Fosforus (105 mg), Natrium (14 mg), Kalsium (9 mg) dan Ferum (1.3 mg). Kandungan zat makanan lain seperti Karbohidrat (2.9 g), Protein (2.8 g), Lemak (28.3 g), Abu (1.0 g), Air (65.0 g) dan Tenaga (278 kcal).
Sementara khasiat air kelapa ialah untuk mencantikkan kulit bayi, memudahkan wanita bersalin serta memperbanyakkan air ketuban bayi, melancarkan peredaran darah dalam tubuh, meningkatkan sistem imunisasi bagi melawan penyakit, meneutralkan pH alkali serta mengubati penyakit selsema, demam campak, demam panas dan demam kuning kepada bayi. Selain itu, air kelapa juga mencegah penyakit kronik seperti kanser, masalah buah pinggang, batu karang serta mengawal kandungan gula dalam darah dan mengnyahkan toksid dalam badan, juga mencegah pertumbuhan jerawat dan gatal-gatal badan.
Orang-orang Melayu zaman lampau menggunakan air kelapa untuk merawat beberapa penyakit. Antaranya bagi sakit panas bayi yang berusia 2 tahun ke bawah boleh dirawat dengan air kelapa. Caranya: Sediakan segelas air kelapa hijau (muda) dan campurkannya dengan madu lebah asli (sudu besar), kacau dan beri minum kepada pesakit itu.
Manakala bagi orang yang mabuk ubat, mabuk darah, mabuk laut atau mabuk ketika menaiki kenderaan boleh dirawat dengan meminum air kelapa sebanyak dua sudu besar sahaja tetapi jangan melebihi sukatan berkenaan.
(Sumber: Buku Ubat-ubatan Tradisional Melayu dan Doa Penawar Penyakit, Ustaz Azahari Ibrahim, Kelantan).

Petunjuk:
Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan