RAMBUTAN atau dalam bahasa saintifiknya "Nephelium lappaceum" adalah
buah-buahan tempatan yang banyak didapati di kampung-kampung dan di
bahagian pedalaman. Pokok ini banyak ditanam di tempat berkenaan kerana
sudah menjadi kelaziman masyarakat warga emas yang gemar menanam pokok
terbabit sebagai salah satu menyerikan laman rumah malah ditanam di kebun untuk tujuan komersial.
Rambutan mengandungi zat makanan diperlukan. Menurut Komposisi Zat
Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), di antara
kandungan zatnya terdiri dari Vitamin B1 (0.01 mg), Vitamin B2 (0.04
mg), Niasin (0.1 mg), Vitamin C (38.6 mg). Manakala bahan-bahan
galiannya seperti Kalium (49 mg), Kalsium (22 mg), Fosforus (6 mg),
Natrium (5 mg) dan Ferum (2.5 mg). Bahan-bahan lain pula seperti Protein
(0.7 g), Karbohidrat (13.9 g), Serat (0.3 g), Lemak (0.1 g), Abu (0.3
g), Air (84.7 g) dan Tenaga (59 kcal).
Petunjuk:
Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan