KACANG BENDI
KACANG BENDI atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Hibiscus esculentus"
adalah tergolong dalam kalangan sayur-sayuran jenis buah. Kacang bendi
boleh hidup di kawasan tanah lembab atau terbiar. Apabila buahnya
semakin tua, kulitnya merekah dan apabila biji di dalamnya keluar,
bijinya mudah bercambah apabila sesuai dengan sifat tanah di
persekitarannya.
Kacang
bendi sering dimasak bersama kari sama ada kari daging, ayam mahupun
ikan. Walau bagaimanapun, kacang bendi boleh direbus atau dimakan
sebagai ulam mentah kerana sayur-sayuran jenis ini mendatangkan banyak
kebaikan kepada kesihatan manusia.
Keistimewaan
kacang bendi ialah dapat merawat penyakit saraf yang sakit dan
terseliuh selain menyelesaikan masalah penghadaman dan pembuangan bahan
kumuh dan perubatan mata. Lendir yang terdapat dalam sayur-sayuran ini
boleh menjauhkan gangguan bakteria dan kuman selain dapat merawat
masalah sendi dan saraf. Lendir ini juga didakwa sebagai bahan perawat
terbaik yang ditemui dalam sayur-sayuran.
Kacang bendi memang kaya dengan kandungan zat makanan. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988),
kacang bendi kaya dengan Karotena (200 mcg), Vitamin A (33 mcg),
Vitamin B1 (0.10 mg), Vitamin B2 (0.16 mg), Niasin (0.7 mg) dan Vitamin C
(19.3 mg). Manakala garam galiannya terdiri dari Kalium (80 mg),
Kalsium (77 mg), Fosforus (32 mg), Natrium (30 mg) dan Ferum (1.5 mg).
Kandungan zat lain seperti Protein (1.7 g), Karbohidrat (5.9 g), Serat
(1.0 g), Lemak (0.1 g), Abu (0.8 g), Air (90.5 g) dan Tenaga (31 kcal).
Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Teks dan Foto:
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan