TERUNG
TERUNG atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Solanum melongena"
banyak ditanam di kampung-kampung dan bahagian pedalaman. Sayur-sayuran
ini juga banyak dijual di beberapa pasar tersohor di Kota Bharu.
Terung,
sayur-sayuran dalam katogeri jenis buah ini memang sesuai jika dimasak
bersama kari, digoreng, direbus mahupun dimakan sebagai ulam mentah.
Disebabkan buahnya agak lembut, kadang-kadang terung boleh dimakan
begitu sahaja dan jika dijadikan ulam mentah juga menjadi kegemaran
sesetengah individu yang meminati ulam.
Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988),
terung mengandungi Karotena (90 mcg), Vitamin A (15 mcg), Vitamin B1
(0.07 mg), Vitamin B2 (0.05 mg), Niasin (0.7 mg) dan Vitamin C (18.4
mg). Manakala garam galiannya terdiri dari Kalium (55 mg), Fosforus (20
mg), Kalsium (15 mg), Natrium (9 mg) dan Ferum (0.6 mg). Khasiat
pemakanan lain pula seperti Protein (1.7 g), Karbohidrat (5.6 g), Serat
(1.0 g), Lemak (0.1 g), Abu (0.4 g), Air (91.2 g) dan Tenaga (30 kcal).
Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan