DIET SIHAT: Majalah Maya . Rencana . Foto . Herba . Ulam . Sayur-sayuran . Buah-buahan . Rawatan Terbaik Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan . Mencegah Lebih Baik Dari Merawat . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 14 Julai 2013

Pucuk Gucil


PUCUK GUCIL

PUCUK GUCIini juga banyak tumbuh di kawasan hutan dan semak belukar di kampung-kampung dan bahagian pedalaman secara liar. Selain daunnya yang muda boleh dijadikan ulam mentah, pokok gucil juga mempunyai buahnya sebesar lada hitam yang kadang-kadang berwarna merah, kuning dan hijau. Lazimnya, masyarakat kampung akan menjadikan buah-buahnya yang kecil itu sebagai "colek" dengan memasukkan sedikit gula, garam, cili kecil dan air suam. Ulam ini juga dianggap sebagai "ulam kampung" kerana tidak pernah ditemui ulam ini di dalam ulam nasi kerabu kerana tukang masak kita jarang yang mengenalinya.

Namun, bagi penggemar ulam mentah akan menjadikan pucuknya untuk dimakan bersama nasi yang dicecah dengan sos cili, kicap mahupun sos dari Kelantan (budu) yang dicampur dengan cili dan bawang merah. Pucuk ini boleh dimakan bersama dengan ulam-ulam mentah yang lain, selain petai mentah dan jering.

Khasiat terbaik pucuk gucil dan buahnya itu adalah boleh merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, masalah penghadaman, ulser dan buasir, masalah jerawat dan pembuangan kumuh.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

7 ulasan:

  1. Salam 'Eidulfitri.
    Di depan rumah kami sepokok gucil sedang masak merah dan kehitaman. Zaman bebudak dulu saya pernah makan buah gucil sebagaimana tuan nyatakan. Zaman tu buah gucil antara buahan boleh dimakan yg digemari. Saya baru diberitahu adik sendiri yg pucuknya sedap sebagai ulaman cecah budu.
    Pokok gucil depan rumah sedang ranum dan menjadi singgahan beburung memakan buahnya. Saya teringat untuk mengintai di ruang maya untuk mengetahui khasiatnya, lalu ketemui blog tuan. Terima kasih atas maklumat dari ruang tuan ini. JazaakalLah

    BalasPadam
  2. Terima kasih kembali atas maklumbalas Dariana. Maaf, kerana terlalu lewat membalas info ini, saya baharu menyemaknya dalam majalah Diet Sihat ini. Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  3. Sesiapa nk kenal pokok ulam,jom 01999 58 133

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Tumpang tanya siapa ada tanam pokok gucil?

    Al kisahnya org kg saya ada sakit bisul belakang badan. Dah warna biru bisulnya. Dan dia ada sakit tiroid.. Bengkak. So dia tumbuk dan sapu, alhamdulillah surut.. Dia dapat petua ni daripada seorang tok bomoh. Dah arwah. Tok bomoh ni cakap jangan tebang pokok ni sebab pokok ni untuk rawat BARAH..

    Tapi orang kampung tak percaya.. Lepas tu yang sakit tiroid ni pergi ambil dan berubat. Alhamdulillah menjadi..

    Jadi saya nak tanya siapa ada kenal dan ada pokok ni?

    Yang sedihnya, family arwah tok bomoh tu dah pi tebang sebab nak buat jambatan.. Sedihnya.. Kalau tak boleh lah tanam buat anak pokok..

    Sumber gambar daripada kawan. Tapi dia cuma ada anak pokok. Kalau siapa ada pokok ni, nak mintak untuk rawat orang lain sakit kanser hidung.. Hamzah 0162634267

    BalasPadam
  5. Lazimnya jika orang-orang tua dahulu memang kenal dengan pokok ini, tetapi jarang dikenali oleh orang-orang tua sekarang. Saya tidak nafikan banyak dari pokok ini yang kena tebang kerana pembinaan rumah namun saya percaya ia masih ada. Psikoligipendidikan cuba masuk ke kampung-kampung atau di pedalaman. Untum merawat kanser ini, terutamanya "kanser hidung" bukan sahaja boleh dirawat dengan pokok guchil ini. Namun, daun sirih juga adalah herba terbaik untuk merawat pelbagai jenis sekalipun kanser yang sukar dirawat seperti kanser satung. Baca juga rencana saya tentang kanser ini dalam RELATIF: SIRI 01 (http://azmirelatif-1.blogspot.com) berjudul "Sirih Rawat Kanser". Terima kasih kepada tuan yang sudi melawat blog Diet Sihat ini dan sudi berkongsi maklumat dan pengetahuan.

    BalasPadam
  6. Assalamu 'alaikum. Kira-kira 20 tahun dahulu pada satu petang saya mengalami sakit gigi. Kawan saya cakap jangan susah hati, cari pucuk gucil, lumatkannya kemudian sapu pada gigi yang sakit itu. Bila balik ke rumah anak lelaki saya sedang menangis kerana sakit gigi. Waktu sudah mula masuk maghrib. Saya bertanya jiran saya adakah tidak pokok gucil dekat kita ni. Jawabnya ada tepi semak tu. Saya ambil beberapa helai pucuknya kemudian dilumatkannya lalu sapu kepada gigi anak saya dan juga gigi saya. Alhamdulillah tak lama kemudian. Rasa sakit gigi saya dan anak saya hilang. Hal itu saya beritahu kepada MARDI Bachok Kelantan untuk direkodkan datanya. sama-samalah kita berkongsi manfaat herba kita. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  7. Acap kali juga saya buat ulam bila terjumpa pucuknya di dalam semak samun

    BalasPadam