DIET SIHAT: Majalah Maya . Rencana . Foto . Herba . Ulam . Sayur-sayuran . Buah-buahan . Rawatan Terbaik Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan . Mencegah Lebih Baik Dari Merawat . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 14 Julai 2013

Pucuk Mata Ayam


PUCUK MATA AYAM

PUCUK MATA AYAM ini banyak ditemui dan tumbuh di kawasan semak-samun di kampung-kampung dan di bahagian pedalaman secara liar. Pucuk mata ayam dianggap pokok ulam kampung kerana hanya penduduk-penduduk desa sahaja yang mengenali pokok ini kerana kelaziman mereka memetik pucuknya untuk dijadikan ulam mentah.

Pucuk mata ayam tidak begitu dikenali di kawasan bandar malah golongan warga emas hari ini juga tidak akan mengecam sifatnya daunnya yang seakan sama dengan daun pudina dan pokok puding. Malah ada yang mengatakan pucuk mata ayam tidak boleh dimakan kononnya gatal. Dengan demikian, pucuk mata ayam tidak pernah ditemui dalam ulam nasi kerabu kerana tukang masak kita tidak mengenali pokok ini boleh dijadikan ulam mentah dan ulam kerabu. Jangan salah faham! Pokok ini tidak memabukkan penggemar yang memakannya.

Pucuk mata ayam adalah khasiat terbaik untuk kesihatan. Jika sering mengamalkan pengambilannya sebagai makanan mentah dan ulam boleh membantu menyelesaikan masalah kulit, merawat dan mencegah kencing manis, darah tinggi, masalah saraf yang terseliuh selain menyelesaikan masalah penghadaman dan buasir.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    Saya nak bertnya..mn ye blh dpt pucuk pokok mata ayam ni..ada jual ke kt mn2 tmpt khusus? Kalau ada blh bgtau sy...

    BalasPadam
  2. Wa'alaikum mussalam. Pokok pucuk mata ayam ini banyak di kampung-kampung. Kalau di Kota Bharu ini, sebelum ini pokok ini dijual di Pasar Siti Khadijah (bahagian ulam). Tetapi sekarang ini, pasar ini dalam proses untuk dibaik pulih akibat bumbung pasar ini rosak baru-baru ini.

    BalasPadam
  3. Boleh bgtau bagaimana rasanya ya..

    BalasPadam
  4. Rasanya seperti daun guchil juga. Tak pahit, tetapi sedikit masam.

    BalasPadam
  5. Masa kecik dulu slalu mkn kini pokoknya susuh dpt. J es nis spesis pokok renek

    BalasPadam
  6. Sedap pucuk ni..mcam pucuk ulam putat pun ade...area rantau panjang banyak..tp dlam kebun getah orang..kene minta izin dlu bru bleh dpat...terbaik..

    BalasPadam
  7. Di rumah saya ada 3 pokok yang matang dan banyak anaknya . Saya selaly campur dalam ulam nasi kerabu.

    BalasPadam