DIET SIHAT: Majalah Maya . Rencana . Foto . Herba . Ulam . Sayur-sayuran . Buah-buahan . Rawatan Terbaik Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan . Mencegah Lebih Baik Dari Merawat . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 14 Jun 2013

Bawang Putih


BAWANG PUTIH

BAWANG PUTIH atau nama saintifiknya "Allium sativum" sering digunakan oleh kebanyakan masyarakat Melayu di dalam setiap masakan sebagai pelazat makanan kerana penggunaannya membangkitkan aroma masakan tersebut. Di gerai-gerai makanan panas, penggunaan bawang putih menjadi suatu kelaziman sebagai salah satu tarikan terhadap pelanggan. Keenakan juadah seperti mati tanpa pengambilan bawang putih.

Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), bawang putih mengandungi Vitamin B1 (0.24 mg), Vitamin B2 (0.05 mg), Niasin (0.4 mg) dan Vitamin C (13.3 mg). Bahan-bahan galian pula terdiri dari Kalium (329 mg), Fosforus (111 mg), Natrium (11 mg), Kalsium (10 mg), Ferum (0.8 mg), Karbohidrat (35.2 g), Protein (4.3 g), Serat (0.8 g), Abu (0.9 g), Lemak (0.1 g), Air (58.7 g) dan Tenaga (159 kcal).

Bawang putih tergolong dalam kumpulan herba yang boleh merawat penyakit seperti kanser (apabila dimakan setiap hari), melancarkan perjalanan kencing, menyembuhkan penyakit kuning, masalah haid, memecahkan batu karang, menyembuhkan penyakit paru-paru, saluran najis, sistem penghadaman, menghindarkan serangan cacing, peredaran darah menjadi normal, membantu menyelesaikan masalah kulit dan gigi, menguatkan daya pertahanan tubuh dan tenaga seks selain menambah selera makan dan lembut untuk perut.

Selain itu, bawang putih (sulur) juga boleh merawat terkena paku berkarat. Caranya, ambil sebatang bawang putih (sulur) yang berdaun. Buangkan kulitnya kemudian celupkan ke dalam minyak kelapa dan panaskan di atas api. Apabila telah panas, tampalkan di bahagian yang luka itu dan buatlah secara berulang selama dua (2) kali sehari.
(Sumber: Buku Ubat-ubatan Tradisional Melayu dan Doa Penawar Penyakit, Ustaz Azahari Ibrahim, Kelantan).

Disebabkan rasa bawang putih agak keterlaluan, adalah lebih baik ia digunakan dalam masakan ataupun direbus untuk tujuan merawat kesihatan dan bahagian dalam tubuh.

Petunjuk:
Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan