DIET SIHAT: Majalah Maya . Rencana . Foto . Herba . Ulam . Sayur-sayuran . Buah-buahan . Rawatan Terbaik Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan . Mencegah Lebih Baik Dari Merawat . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Isnin, 17 Jun 2013

Lalang


LALANG

LALANG adalah salah satu pokok herba yang mudah membiak walaupun telah dimusnahkan. Tumbuh-tumbuhan yang juga termasuk dalam kategori semak-samun ini boleh ditemui di mana-mana tempat dan kawasan baik di persekitaran rumah mahupun di tepi-tepi jalan. Namun, dewasa ini lalang hanya terbiar begitu saja, bahkan ada yang menyembur racun untuk memusnahkannya dan sesetengahnya merumputnya dan dibakar kerana dianggap tidak berguna dan menyampah.

Hakikatnya, walaupun lalang dianggap menyibuk dan menyebabkan sakit mata yang memandangnya, Allah S.W.T  menjadikan lalang mempunyai peranannnya terhadap kesihatan manusia. Perubatan tradisional mempercayai, lalang termasuk dalam salah satu unsur perubatan. Tumbuh-tumbuhan ini dapat merawat penyakit saluran kencing yang berpunca dari bengkak kelenjar.

Kaedah merawat menggunakan lalang ialah, ambil daun lalang sekadar yang sesuai dicampurkan dengan akar enau lalu dibersihkan dan direbuskan yang airnya sekadar 10 gelas. Setelah sejuk, minumlah airnya. Amalkan meminum airnya selama tiga (3) kali sehari selama 15 hari berturut-turut. Insya Allah dalam masa 15 hari, penyakit berkenaan sembuh dengan izin Allah.
(Sumber: Buku Ubat-ubatan Tradisional Melayu dan Doa-doa Penawar Penyakit, Ustaz Azahari Ibrahim, Kelantan).

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan