DIET SIHAT: Majalah Maya . Rencana . Foto . Herba . Ulam . Sayur-sayuran . Buah-buahan . Rawatan Terbaik Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan . Mencegah Lebih Baik Dari Merawat . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 15 Jun 2013

Kelesam


KELESAM

KELESAM adalah sejenis tumbuh-tumbuhan renek dari koloni herba, masyarakat kampung dan di pedalaman Kelantan memanggilnya "Kelese". Pokok ini jika dilihat hampir sama dengan spesis kelapa dan saling tidak tumpah seperti pokok belimbing tanah. Pokok ini adalah herba liar yang kurang dikenali dan dianggap tidak begitu popular yang hidup di kawasan semak-samun, tebing tanah,  lembah dan lembab yang tidak menakung air. Pokok ini hanya berguna kepada bijinya yang berbunga putih, apabila dibuang kelopak bunga putih itu akan keluarlah biji kecil yang berwarna coklat kehitaman. Biji ini berasa manis, lebih manis dari gula dan lebih sedap dari sakarin (sejenis bahan pemanis tanpa gula yang sering dicampurkan kepada makanan proses).

Kelesam banyak kegunaannya kepada manusia kerana berunsur perubatan. Antara khasiat utamanya ialah membuka dan menambah selera makan, dapat memaniskan lidah dan mulut yang pahit, merawat demam dan selsema. Makanlah sebiji dari bijinya jika  berasa tidak sihat ataupun jika mulut dan lidah terasa pahit atau tiada selera makan, kemanisan biji kelesam ini bertahan selama seminggu. Selain itu, kelesam dipercayai dapat menghindarkan masalah perut meragam, masalah kencing dan buang air besar.

Kelesam hidup subur di tanah padat walaupun di musim kering.
 
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan