DIET SIHAT: Majalah Maya . Rencana . Foto . Herba . Ulam . Sayur-sayuran . Buah-buahan . Rawatan Terbaik Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan . Mencegah Lebih Baik Dari Merawat . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 16 Jun 2013

Dukung Anak


DUKUNG ANAK

DUKUNG ANAK:  Pokok Dukung Anak (sejenis pokok seperti daun duri kemang) kadang-kadang dipanggil juga "Pokok Kelek" atau dikenali juga daun "Tiking". Pokok ini boleh ditemui dengan mudah di kawasan persekitaran rumah di mana ia mudah tumbuh di persekitaran semak-samun yang renek sama ada tanah tersebut tanah peroi atau terbiar. Namun, pokok ini sering menjadi mangsa dibuang atau dibakar begitu sahaja disebabkan ramai yang tidak mengenalinya kerana menganggapnya sebagai rumput dan semak-samun yang tidak berguna.

Walau bagaimanapun, dukung anak mendatangkan banyak khasiat dan keistimewaan terhadap kesihatan manusia iaitu dapat menyembuhkan penyakit karang, kencing berdarah, penyakit dedas, kencing manis, kencing berdarah, dapat menghentikan anak-anak kencing malam dan mengubati penyakit kuning/demam kuning.
(Sumber:  Buku Ubat-ubatan Tradisional Melayu dan Doa-doa Penawar Penyakit, Ustaz Azahari Ibrahim, Kelantan).

Kaedah Rawatan

1. Bagi merawat penyakit karang, kencing berdarah dan penyakit kuning/demam kuning; ambil pokok dukung anak berserta akarnya sekali, kemudian tumbuk sehingga lumat (masukkan sedikit air) lalu ambil airnya itu dan diberi minum kepada pesakit berkenaan.

2. Bagi merawat penyakit dedas, kencing manis dan anak-anak kencing malam; ambil pokok dukung anak berserta akarnya sekali, lalu dijemur sehingga kering, setelah itu rebuslah dan minum airnya. Kaedah ini sesuai juga untuk golongan warga emas yang menghadapi penyakit kuning atau masalah perut kembung dan buncit.

3. Kaedah lain bagi merawat penyakit kuning/demam kuning; ambil pokok dukung anak yang masih segar berserta akarnya sekali dan bersihkannya dan setelah itu rebus pokok itu. Air rebusan itu boleh diminum atau dibuat mandi. Kaedah ini sesuai untuk bayi, kanak-kanak mahupun orang-orabg dewasa. 

4. Kaedah lain untuk merawat penyakit demam kuning menggunakan pokok dukung anak iaitu ambil segenggam daun dukung anak (daunnya sahaja), tumbuk sehingga halus (lumat) dan tuangkan air masak (air mati) atau air suam ke dalamnya dan masukkan sedikit garam. Minumlah air tersebut sebanyak segelas (waktu pagi) dan segelas (waktu petang). Insya Allah, dalam masa dua (2) minggu penyakit demam kuning akan hilang.

5. Bagi merawat penyakit kencing berdarah, ambil pokok dukung anak beserta akarnya yang telah dibersihkan, rebus pokok itu dan minum airnya dua (2) kali sehari. Minum selama lima (5) hari berturut-turut.

Pokok Dukung Anak hidup subur bersama rumput dan semak-samun yang lain.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan