JERING
JERING: Jering atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Pithecellobium jiringa" memang mudah didapati dalam hutan di negara kita terutamanya di kampung-kampung dan bahagian pedalaman, malah pokok ini turut ditanam oleh masyarakat Melayu zaman dulu untuk tujuan menjadikannya sebagai ulam yang dapat membantu menambah selera makan selain sebagai merawat pelbagai jenis penyakit. Lazimnya, pada masa dulu di kampung-kampung, buahnya ditanam dalam tanah dan pasir untuk memberikan citarasa yang diinginkan, malah buahnya dijadikan jeruk dan direbus dan dimakan bersama kelapa parut yang dicampur gula.
Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), jering mengandungi Karotena (373 mcg), Vitamin A (62 mcg), Niasin (5.8 mg), Vitamin C (3.5 mg), Vitamin B1 (0.10 mg) dan Vitamin B2 (0.13 mg). Manakala bahan-bahan galiannya terdiri dari Kalium (230 mg), Fosforus (60 mg), Kalsium (29 mg), Natrium (3 mg), Ferum (0.7 mg), Karbohidrat (18.7 g), Protein (5.8 g), Serat (1.2 g), Abu (0.7 g), Lemak (0.3 g), Air (73.3 g) dan Tenaga (101 kcal).
Orang-orang Melayu berpendapat, jering dipercayai boleh mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi dengan menjadikan buah jering itu sebagai ulam mentah ataupun direbus dan dimakan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit gula.
Kulit
jering juga berguna untuk mengubati penyakit kencing manis. Petua-petua
tradisional mengenal pasti bahawa, kulit jering hendaklah terlebih
dahulu digoreng hingga garing tanpa menggunakan minyak. Selepas
digoreng, ia ditumbuk (dilumatkan) hingga kelihatan halus. Kemudian masukkannya ke
dalam air kopi dalam kadar satu sudu kecil serbuk jering tadi dan
meminumnya selama dua kali seminggu. Kedua-dua ulam tersebut mempunyai
banyak khasiat tersendiri menandingi khasiat bunga kubis.
Kulit jering jangan dibuang kerana berguna untuk merawat kencing manis.
Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Hi. Boleh tak saya tanya mana boleh saya dapat buah jering di Malaysia? Saya tinggal kat Penang. Terima kasih.
BalasPadamKat pasar malam/pagi di Kedah banyak.
PadamKat pasar malam/pagi di Kedah banyak.
PadamDi Kelantan, jering boleh dibeli di semua pasar di Kelantan seperti RTC (Terminal Makanan Negara, Kota Bharu), Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu), Pasar Berek 12 (Kota Bharu), Pasar Hari-Hari (Pasir Mas) dan Pasar Besar Pasir Mas, Pasar Besar Machang, Pasar Besar Wakaf Baharu, Pasar Besar Tumpat dan banyak lagi. Malah ada individu yang menjualnya di rumah dan melalui van bergerak.
BalasPadam