BAWANG MERAH
BAWANG MERAH atau dalam bahasa saintifiknya "Allium fistulosum" mudah
ditanam di kawasan tanah peroi dan yang digemburkan. Ketika bertunas,
pucuk bawang merah boleh dijadikan ulam mentah yang cukup menyelerakan.
Tumbuhan ini tersenarai dalam kategori pokok ulam kerana menjadi
kegemaran masyarakat Melayu bukan sahaja boleh dijadikan sebagai
perencah dalam masakan dan melazatkan makanan malah bawang merah turut
dibakar kerana dikatakan lebih lazat dan menyelerakan.
Bawang
merah turut disenaraikan dalam pemakanan Malaysia. Menurut Komposisi
Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988),
bawang merah mengandungi Vitamin B1 (0.05 mg) dan Vitamin B2 (0.10 mg),
Niasin (12.4 mg). Manakala garam galiannya terdiri dari Kalium (279 mg),
Kalsium (74 mg), Natrium (12 mg), Fosforus (8 mg), Ferum (1.1 mg),
Karbohidrat (14.3 g), Protein (1.2 g), Serat (0.6 g), Abu (0.7 g), Air (83.2 g) dan
Tenaga (62 kcal). Bawang merah juga mengandungi bahan antibiotik, asid
karbrid dan salah satu jenis ulam yang boleh menguatkan tenaga seks
selain jenis makanan yang boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan
memperbaiki insulin.
Disebabkan
bawang merah tergolong dalam koloni pokok ulam, ia juga boleh dijadikan
ulam mentah yang dimakan bersama nasi. Cincang bawang merah menurut
selera, kemudian masukkannya ke dalam sos, kicap ataupun budu (bagi
penggemar Kelantan). Makanlah bersama ulam-ulam lain seperti kemangi,
petai, jering, pucuk gajus dan sebagainya. Bawang merah juga boleh
direbus ataupun digoreng. Jika ingin memakannya secara goreng (masukkan
sedikit gula dan garam). Kaedah ini lebih lazat dan menyelerakan.
Khasiat
bawang merah dipercayai boleh merawat dan menyembuhkan masalah
penghadaman, masalah haemoglobin darah, mengurangkan kadar gula dalam
darah, kulit dan tisu-tisu lain dalam badan selain masalah angin dalam
badan, sembelit, cirit-birit dan kecacingan, migrain, merawat mata
bengkak (dengan menyapukan air dari bawang merah ke mata dan pejamkan
mata untuk beberapa ketika).
Selain
itu, memakan bawang merah juga boleh menambahkan air mani, membuka
selera makan, menghadamkan makanan, menghilangkan rasa dahaga,
memanaskan makanan dan membuangkan kahak, melicinkan pernafasan,
menghilangkan rasa pitam jika dicium baunya setelah dipotong.
Bahkan, duri yang tertusuk ke dalam kaki juga boleh dibuang menggunakan bawang merah. Caranya, ambil seulas bawang merah, lumurkan bawang tersebut dengan minyak kelapa (minyak masak) kemudian bakar sehingga hangus dan tampalkannya di tempat yang luka. Insya Allah, duri tersebut akan keluar dengan perlahan-lahan.

(Sumber: Buku Ubat-ubatan Tradisional Melayu dan Doa Penawar Penyakit, Ustaz Azahari Ibrahim, Kelantan).
Manakala bunga bawang merah pula dipercayai dapat mengubati penyakit kusta, kebingungan, migrain dan sawan di kalangan kanak-kanak. Caranya, ambil bunganya dan ciumkannya secara berulang-kali.
Perihal tentang bawang merah ini turut digarapkan di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah: ayat 61.

Petunjuk:
Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Bawang merah banyak khasiatnya terhadap kesihatan manusia.
Bawang merah banyak khasiatnya terhadap kesihatan manusia.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan